A.E.I.O.U - Lagu Animasi Pelajar PASTI
Tahukah anda: kanak-kanak yang diberi rangsangan yang sesuai akan bersedia untuk belajar membaca seawal
usia 3 tahun.
- Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca.
- Kajian
telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu.
- Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan
dan membebankan memori.
Ada beberapa
perkara JANGAN yang perlu ibu
bapa tahu supaya tidak menyusahkan anak-anak apabila mengajar membaca.
1.
JANGAN ajar nama-nama huruf
contohnya ‘ei’ untuk huruf ‘a’, ‘bi’
untuk huruf ‘b’ dan seterusnya
kerana
anak-anak yang tahu
nama-nama huruf tidak semestinya dapat membaca. Bahkan mengajar mengenal nama
huruf a, b, c
adalah halangan
pertama membaca.
2.
JANGAN ajar anak
mengeja-eja huruf pada perkataan-perkataan yang dilihat kerana mengeja
melibatkan dua proses
iaitu menyebut nama huruf dan membatang pola-pola
ejaan.
3.
JANGAN ajar anak mengenal
bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus, contohnya seperti
menyebut ‘ei’ (huruf ‘a’) bunyinya ‘a’ kerana
anak tidak perlu tahu nama huruf untuk membaca.
4.
JANGAN ajar anak menghafal
mana-mana suku kata atau perkataan apabila mula mengenal perkataan kerana
kanak-kanak akan
terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan.
5.
JANGAN ajar huruf-huruf
besar dahulu kepada kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting kepada
kanak-kanak
pada peringkat awal.
Jadi apakah yang BOLEH dalam mengajar anak membaca
mengikut kaedah fonetik?
Membaca mengikut
kaedah fonetik melibatkan proses awal berikut; Memperkenalkan bunyi secara
sistematik
1.
anak-anak
perlu tahu bunyi huruf – iaitu dapat menyebut bunyi dan ingat bunyi huruf yang
diajarkan
2.
anak-anak
perlu kenal huruf – iaitu bentuk, rupa dan cara tulis huruf tersebut
3.
anak-anak
dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan.
Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat
mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk pada usia ini. Oleh itu
dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi
tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. Anak-anak dapat
menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ (nama huruf ‘ei’) dan bunyi ‘ii’
apabila melihat huruf ‘e’. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat huruf
‘ani’, dia akan menyebut bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ (iaitu bunyi ani) bukannya ‘ei’
‘en’ ‘ai’ (bunyi enai).
Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah
asosiasi adalah yang terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi ‘aa’ tersebut
boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. Sakitkan? Jadi buat aksi orang terkena
api sambil menjerit ‘aaaaaaa panasnya!’ Melalui asosiasi ini anak dapat
mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan.
Ikutilah kursus-kursus Bacalah Anakku atau rujuk buku panduan siri cepat
membaca Bacalah Anakku.
Sebaik-baiknya ibu bapa tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus.
Memadai hanya beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Sila dapatkan siri cepat
membaca Bacalah Anakku yang telah disusun secara sistematik dalam pemilihan
bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. Dengan mengikut susunan siri
ini, anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. Oleh sebab
laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal
‘a’ ‘i’ dan ‘u’ lebih kerap, wajarlah bunyi-bunyi ‘a i u’ diperkenalkan dahulu.
Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak.
Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu , contohnya ‘b’
‘n’ ‘m’ ‘s’ dan ‘k’.
Seterusnya, dengan berpandukan siri cepat membaca Bacalah Anakku, ajar
anak-anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan , contohnya
‘b’ dan ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ untuk membaca ‘ba’ ‘bi’ dan ‘bu’. Melalui kaedah
fonetik, anak-anak tidak akan mengeja ‘ba’ menjadi “ba” ; tidak juga menghafal
suku kata ‘ba’; tetapi mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi ‘beh’
(bagi huruf ‘b’) dan ‘aa’ (bagi huruf ‘a’).
Abu Ada Ayam - Malay Phonics Song
ya..setuju..kanak-kanak perlu kenal huruf terlebih dahulu
ReplyDelete