Saturday 9 March 2013


Apakah itu kreativiti?


Terdapat berbagai pandangan tentang kreativiti. Di antara pandangan kreativiti seperti Eliot W. Eisner dalam penulisannya "Research in Creativity" menyatakan kreativiti adalah keupayaan proses pada sesuatu keadaan oleh semua manusia. Kreativiti adalah sebahagian intelek manusia yang telah dibezakan oleh Erhard Hofstadter daripada inteligen. Berdasarkan penulisan Hofstadter "Anti-intellectualism in American Life" bahawa intelek adalah kritikal, kreatif dan bahagian pemikiran yang mendalam. Intelegen adalah kecemerlangan pemikiran yang melibatkan agak menjurus, segera dan dijangkakan. Manakala Lowenfeld dan Britain pakar kreativiti dan seni lukis kanak-kanak mengatakan bahawa kreativiti mengambarkan orang yang mempunyai motivasi, ingin tahu dan berimaginasi. Kesemua pandangan ini hanyalah untuk pengetahuan sahaja dan mungkin terdapat pandangan lain untuk dibicarakan kreativiti dalam kehidupan kanak-kanak.


Ciri-Ciri Kreativiti

Merujuk kepada pandangan Lowenfield dan Brittain antara ciri-ciri kreativiti, mereka sentiasa bermotivasi, ingin tahu dan berimaginasi untuk;
1.            mencari dan menemui jawapan,
2.            menyoal penyelesaian sedia ada kepada permasalahan,
3.            memikirkan semula, menstruktur dan mencari perkaitan baru,
4.            terbuka kepada yang tidak diketahui dan baru,
5.            sentiasa bersikap anjal, tidak mengikut keadaan (kelainan) dan tidak angkuh,
6.            pernyataan sendiri dan tulen,
7.            menggunakan pemikiran bercapah (divergent).
Kreativiti adalah pernyataan fikiran yang dibawa oleh semua tingkahlaku. Semua manusia kreatif dengan menggunakan bahasa sebab untuk bercakap seseorang mesti setiap kali mencipta ayat baru untuk menjadikannya kebiasaan. Kreativiti adalah diperlukan dalam aktiviti kognitif sosial. Semua kanak-kanak dilahirkan dengan kreativiti.

Friday 30 November 2012

Bagaimana Menggunakan Kaedah Fonetik (Bahagian 1)

                                             A.E.I.O.U - Lagu Animasi Pelajar PASTI
Tahukah anda: kanak-kanak yang diberi rangsangan yang sesuai akan bersedia untuk belajar membaca seawal usia 3 tahun

  •  Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. 

  • Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. 

  • Kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak bahkan menyusahkan mereka, lambat, mengelirukan dan membebankan memori.



Ada beberapa perkara JANGAN yang perlu ibu bapa tahu supaya tidak menyusahkan anak-anak apabila mengajar membaca.
1.      JANGAN ajar nama-nama huruf contohnya ‘ei’ untuk huruf ‘a’, ‘bi’ untuk huruf ‘b’ dan seterusnya kerana
anak-anak yang tahu nama-nama huruf tidak semestinya dapat membaca. Bahkan mengajar mengenal nama huruf a, b, c
adalah halangan pertama membaca.

2.      JANGAN ajar anak mengeja-eja huruf pada perkataan-perkataan yang dilihat kerana mengeja melibatkan dua proses
 iaitu menyebut nama huruf dan membatang pola-pola ejaan.

3.      JANGAN ajar anak mengenal bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus, contohnya seperti
menyebut ‘ei’ (huruf ‘a’) bunyinya ‘a’ kerana anak tidak perlu tahu nama huruf untuk membaca.

4.      JANGAN ajar anak menghafal mana-mana suku kata atau perkataan apabila mula mengenal perkataan kerana
kanak-kanak akan terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan.

5.      JANGAN ajar huruf-huruf besar dahulu kepada kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting kepada kanak-kanak
pada peringkat awal.

Jadi apakah yang BOLEH dalam mengajar anak membaca mengikut kaedah fonetik?
Membaca mengikut kaedah fonetik melibatkan proses awal berikut; Memperkenalkan bunyi secara sistematik

1.      anak-anak perlu tahu bunyi huruf – iaitu dapat menyebut bunyi dan ingat bunyi huruf yang diajarkan
2.      anak-anak perlu kenal huruf – iaitu bentuk, rupa dan cara tulis huruf tersebut
3.      anak-anak dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan.

Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk pada usia ini. Oleh itu dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. Anak-anak dapat menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ (nama huruf ‘ei’) dan bunyi ‘ii’ apabila melihat huruf ‘e’. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat huruf ‘ani’, dia akan menyebut bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ (iaitu bunyi ani) bukannya ‘ei’ ‘en’ ‘ai’ (bunyi enai).
Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah yang terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi ‘aa’ tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. Sakitkan? Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit ‘aaaaaaa panasnya!’ Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan. Ikutilah kursus-kursus Bacalah Anakku atau rujuk buku panduan siri cepat membaca Bacalah Anakku.


Sebaik-baiknya ibu bapa tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus. Memadai hanya beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Sila dapatkan siri cepat membaca Bacalah Anakku yang telah disusun secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. Dengan mengikut susunan siri ini, anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ lebih kerap, wajarlah bunyi-bunyi ‘a i u’ diperkenalkan dahulu. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu , contohnya ‘b’ ‘n’ ‘m’ ‘s’ dan ‘k’.


Seterusnya, dengan berpandukan siri cepat membaca Bacalah Anakku, ajar anak-anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan , contohnya ‘b’ dan ‘a’ ‘i’ dan ‘u’ untuk membaca ‘ba’ ‘bi’ dan ‘bu’. Melalui kaedah fonetik, anak-anak tidak akan mengeja ‘ba’ menjadi “ba” ; tidak juga menghafal suku kata ‘ba’; tetapi mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi ‘beh’ (bagi huruf ‘b’) dan ‘aa’ (bagi huruf ‘a’).

                                                    Abu Ada Ayam - Malay Phonics Song
                                        



Saturday 17 November 2012

Teknik dan keadah mengajar


Teknik mengajar:
·         Teknik ialah aktiviti perlakuan dan kemahiran guru yang digunakan dalam 
 satu-satu pengajaran.
·         suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.

Jenis teknik bergantung kepada jenis kaedah yang digunakan. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik tertentu.

Kaedah mengajar:
·         sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.
·         terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu.

Contoh-contoh kaedah-
Bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, sumbang saran , perbahasan, kuiz, lakonan, projek, penyoaan.