Saturday 9 March 2013


Apakah itu kreativiti?


Terdapat berbagai pandangan tentang kreativiti. Di antara pandangan kreativiti seperti Eliot W. Eisner dalam penulisannya "Research in Creativity" menyatakan kreativiti adalah keupayaan proses pada sesuatu keadaan oleh semua manusia. Kreativiti adalah sebahagian intelek manusia yang telah dibezakan oleh Erhard Hofstadter daripada inteligen. Berdasarkan penulisan Hofstadter "Anti-intellectualism in American Life" bahawa intelek adalah kritikal, kreatif dan bahagian pemikiran yang mendalam. Intelegen adalah kecemerlangan pemikiran yang melibatkan agak menjurus, segera dan dijangkakan. Manakala Lowenfeld dan Britain pakar kreativiti dan seni lukis kanak-kanak mengatakan bahawa kreativiti mengambarkan orang yang mempunyai motivasi, ingin tahu dan berimaginasi. Kesemua pandangan ini hanyalah untuk pengetahuan sahaja dan mungkin terdapat pandangan lain untuk dibicarakan kreativiti dalam kehidupan kanak-kanak.


Ciri-Ciri Kreativiti

Merujuk kepada pandangan Lowenfield dan Brittain antara ciri-ciri kreativiti, mereka sentiasa bermotivasi, ingin tahu dan berimaginasi untuk;
1.            mencari dan menemui jawapan,
2.            menyoal penyelesaian sedia ada kepada permasalahan,
3.            memikirkan semula, menstruktur dan mencari perkaitan baru,
4.            terbuka kepada yang tidak diketahui dan baru,
5.            sentiasa bersikap anjal, tidak mengikut keadaan (kelainan) dan tidak angkuh,
6.            pernyataan sendiri dan tulen,
7.            menggunakan pemikiran bercapah (divergent).
Kreativiti adalah pernyataan fikiran yang dibawa oleh semua tingkahlaku. Semua manusia kreatif dengan menggunakan bahasa sebab untuk bercakap seseorang mesti setiap kali mencipta ayat baru untuk menjadikannya kebiasaan. Kreativiti adalah diperlukan dalam aktiviti kognitif sosial. Semua kanak-kanak dilahirkan dengan kreativiti.